Segala coretan setiap jam, setiap minit, setiap saat selama 365 hari kami bawakan berita terbaik untuk anda
Tuesday, November 26, 2013
Pendakwah Tegur Perkahwinan Besar-Besaran Che Ta dan Zain
Belum pon berlansung perkahwinan Che Ta dan Zain yang bakal berkahwin pada Disember nanti, sudah ramai yang bercakap-cakap tentang perkahwinan mereka yang agak "grand" dan mewah tu. Yelah perkahwinan mereka di ibaratkan seperti 'Wedding of The Year" dengan tajaan mengjangkau RM 13 juta ringgit. Bahkan dikhabarkan Che Ta sendiri mengeluarkan perbelanjaan sendiri sekitar RM 300,000.00 untuk perkahwinan ini.
Namun dalam keghairahan menyambut hari bahagia yang bakal tiba, mereka di tegur secara berhemah daripada pendakwah bebas, Ustazah Zawiyah Hassan yang menyifatkan perkahwinan tidak lebih sebagai pembaziran yang sangat ketara dan keterlaluan.
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan berm...
egah-megah ketika mengadakan majlis.
“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” kata Ustazah Zawiyah Hassan yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah JAKIM, Bahagian Keluarga
Mungkin ada betul juga seperti yang katakana oleh ustazah Zawiyah tapi perlu juga di ingat bahawa perkahwinan mereka sebenarnya di taja oleh banyak pihak dan bak kata orang rezeki terpijak ambik jela kan Che Ta dan Zain. Semoga perkahwinan ini memberi kebahagiaan buat mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment